Wednesday, July 1, 2009

SEJARAH PSS

Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Palong 9(f) merupakan sebuah pusat sumber yang aktif dan sentiasa dikunjungi oleh pelajar-pelajar dan guru-guru untuk membuat rujukan mahupun menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Ia terletak di blok B dan bertentangan dengan pejabat pentadbiran sekolah.Di dalamnya mempunyai sebuah bilik operasi dan bersebelahan dengan bilik tayang.Ia diketuai oleh seorang penyelaras iaitu Puan Fatimah Mohamad Tahir.
Sesungguhnya Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Palong 9(f) semakin hari semakin menampakkan kemajuan dan peningkatan melalui sentuhan - sentuhan kreatif bagi meningkatkan keceriaan dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan selaras dengan slogannya Pusat Sumber Sebagai Gedung Ilmu.

No comments:

Post a Comment