Sekolah Kebangsaan Palong 9(f)
73430 Gemas, Negeri Sembilan,Darul Khusus.
Wednesday, July 1, 2009
OBJEKTIF
1. Mewujudkan sikap membaca di kalangan murid.
2. Menggalakkan sekolah agar terus menjana idea yang kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca di kalangan murid-murid.
VISI DAN MISI
VISI
Menjadikan Pusat Sumber sekolah cemerlang di daerah Jempol menjelang tahun 2010.
MISI
Kami warga Sekolah Kebangsaan Palong 9(f) memastikan kuriklum dan KoKurikulum cemerlang.Sahsiah dan disiplin terpuji didalam persekitaran kondusif berteraskan pengurusan dan pentadbiran yang telus berbantukan hubungan komuniti yang erat.
MATLAMAT
Melahirkan pelajar yang celik ilmu dan mempunyai pengetahuan dalam segala bidang.Mendapat maklumat yang berguna dan berinformasi.
SEJARAH PSS
Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Palong 9(f) merupakan sebuah pusat sumber yang aktif dan sentiasa dikunjungi oleh pelajar-pelajar dan guru-guru untuk membuat rujukan mahupun menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Ia terletak di blok B dan bertentangan dengan pejabat pentadbiran sekolah.Di dalamnya mempunyai sebuah bilik operasi dan bersebelahan dengan bilik tayang.Ia diketuai oleh seorang penyelaras iaitu Puan Fatimah Mohamad Tahir.
Sesungguhnya Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Palong 9(f) semakin hari semakin menampakkan kemajuan dan peningkatan melalui sentuhan - sentuhan kreatif bagi meningkatkan keceriaan dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan selaras dengan slogannya Pusat Sumber Sebagai Gedung Ilmu.

Subscribe to:
Posts (Atom)